Wednesday, December 31, 2008

Good bye 2008 and welcome 2009

Huhu berlalulah sudah tahun 2008 yang penuh dengan 1001 kisah kehidupan dan muncul pula 2009 yg mungkin lagi mencabar dari tahun yang baru berlalu pergi.
Aku hanya berharap dengan kedatangan 2009 ni aku mampu tuk tempuhi segala halangan dan cabaran mendatang dengan tabah dan penuh dengan kesabaran.

Em.. Terlalu banyak yang blaku dalam tahun 2008. Ada yg ingin aku lupakan dan biarkan ia pergi begitu sahaja dan ada juga yg akan ku kenang sehingga ke akhirnya. Walla! Ape pun yang penting skali hidup! Perlu d teruskan...

Thursday, December 18, 2008

hari ni aku tak tau lah nak cakap macam maner... letih kusut keliru dan sedih bercampur campur. semalam aku kene pukul dengan adik lelaki aku. aku tak pasti apakah tindakan aku betul atau salah.. sehingga aku kene pukul tapi yang aku tau aku dah cuba buat yang terbaik untuk adik aku. aku tak nak dia bersama dengan perempuan tu.. bukan sebab aku cemburu ke apa tapi sebab perempuan tu isteri orang. dan aku kenal dengan perempuan tu serta baik dengan suami dia. aku jadi bingung. sebealh kanan adik sebelah kiri orang yang telah ku anggap seperti abang dan kakak ku sendiri...

bila dah jadi macam tu semalam aku dah cuba perempuan tu menangis marah aku semua tapi hati aku tetap keras mengatakan perempuan tu salah begitu juga dengan adik aku. selain tu aku juga rasa salah sebab bagitau dengan suami dia yang isterinya keluar dengan adik aku..

aku tak kisah orang lain lihat aku jahat. Dan biarlah aku sorang jer yang jahat, menyakitkan serta mengecewakan mak ayah aku dan bukanlah adik aku yang berbuat begitu. kalau adik aku turun menyakitkan hati mak aku siapa yang akan mengubatinya nanti? jadi biarlah aku seorang je yang jahat. biarlah adik aku jadi yang terbaik untuk mak dan ayah aku..

skarang ni aku rase macam nak pergi terus pun ada. lepaskan semua yang berada di sisi aku. tak perlulah aku nak fikirkan apa apa lagi. tapi.... aku tak mampu... aku sayang mak dengan ayah. walaupun mereka bukanlah ibu dan ayah kandung aku tapi mereka adalah segala galanya bagi aku setelah kedua ibu bapa tu meninggal dunia..

oh tuhan.. apa yang harus aku lakukan sekarang ini? aku cuma inginkan yang terbaik untuk insan insan yang aku sayangi.. bantu lah aku YA ALLAH... aku benar benar keliru dan buntu...

untuk adik... aku terlalu sayangkan kau. sehingga aku tidak mahu kau lakukan sedikit kesilapan pun. biarlah aku seorang yang buat silap. biarla aku seorang yang jahat di mata mak dan ayah dan bukan ko dik.. ko anak yang baik.. bukan seperti aku yang jahat dan dah terpesong nie dik.. maafkan aku..

Thursday, December 11, 2008

sekarang dah masuk pukul 5:30 pagi. And my baby tengah sedap tido kat sebelah.. tadi aku marahkan baby.. aku ketuk kepala dia. geram sangat.. suka sangat kencing merata dah ajar pun masih tak nak dengar. so tadi sebelom aku ketuk kepala dia n membebel aku letakkan hidung dia dekat tempat yang dia kencing tu. aku harap lepas ni kalau dia nak kencing dia akan tau yang dia tak boleh nak kencing merata rata lagi dah.. tapi dalam ketuk ketuk pun aku rase pedih di hati yerla saper yang sanggup nak sakitkan baby kita. walaupun baby aku hanyalah seekor anak kucing tapi aku sayangkan dia.

erm sebelom tu pun aku pernah ketuk kepala dia n marah kat dia sebab kat umah pandai dia berak masuk bilik air. tapi kat umah makcik aku boleh plak dia buat perangai berak kat karpet depan pintu bilik air... hangin la aku... ape lagi aku ketuk la kepala baby pastu membebel bebel... dia plak asik mengiau mengiau... mungkin faham aku tengah marahkan dia.. lepas bersihkan najis tino aku baring nak tido sebab letih giler mase tu.. pastu tino agaknyer tau aku marah aku baring jer dia ikut baring sebelah aku terus tido same.. mase tu aku rase menyesal ngan kelakar pun ader. adoila anak kau nie kene marah nangis sampai tetido tido...

Adoi... dia dah bangun dah... dah mula kacau aku.. tak leh tgk kalau jari aku menaip mula la dia aim tangan aku pastu dia lompat... huhu... tapi aku rase happy n gembira.. melayan telatah baby aku yang satu ni.. yerla selama ni aku ader anak anak yang lain tapi tak boleh nak buat main macam tino. Mr.bobot, abang gelap, puca ngan gegurl hanya dapat mendengar aku membebel. nak buat main tak boleh sebab ke-4 anak aku ni dok dalam bekas kekura.. dan kalau hilang lagi la payah.. panggil tak nyahut.. macam tino kalau panggil dia tak datang walaupun kekadang dia buat bodo jer..

hehehe tau tak naper tino bangun?? rupernyer dia bangun nak main kejap pastu nak kencing. dan paling aku happy sebab dia g kencing kat toilet. pastu aku pun basuhla kaki dia... hehehe..yes my lil tino sangat pandai.. tadi aku cakap sayang sikit kat tino dia pun hulur muka tuk cium huhu... skarang nie dok kat sebelah aku memerhati tangan aku menaip.. jap nak bagi dia tido...

Back! tino dah tdo kat sebelah aku dah... biarla dia tdo kalau tak nanti kacau aku pula huhu... now back to da story... aku sebenarnya takut tuk sayang tino.. aku takut kalau aku sayang dia sesangat nanti aku kehilangan dia.. tapi bila fikirkan balik dah tu memang lumrah kehidupan setiap pertemuan pasti ada pengakhiran.. betul tak?? skarang ni aku dalam perancangan nak kumpul duit untuk belikan sangkar n nak inject vaksin untuk tino.. selain tu aku pun nak kumpul duit tuk inject bagi bulu dia lebat n lawa..

tapi aku tanyer abang halim tentang tino.. aku suruh dia tengok tengokkan tino. Kenapa abang halim? sebab abang halim penternak kucing.. so sikit sebanyak cara tuk menjaga tino aku belajar dari abang halim... erm kalau aku cakap tino pun kene makan ubat cacing sure korang tak caye... tapi itulah kenyataannya. sebab abang halim cakap perut tino keras. dalam perut ade cacing so dia suh aku beli ubat cacing dan bagikan kat tino sehari sekali.. sebab hati dah jatuh sayang aku pun turutkan nasihat abang halim. mula mula abang halim ajarla cara tuk bagi tino makan ubat. so dekat 2 minggu jugakla aku bagi tino makan ubat cacing. sekarang dah tak perlu dah.. perut tino dah tak keras lagi jadi dah tak perlu bagi ubat cacing. selain dari bagi ubat cacing cara mandikan tino pun aku belajar dari abang halim. kalau tak dulu aku men lenjankan jer mandikan tino dengan air sejuk. rupa rupanya tak boleh. kene mandikan air suam ngan kene guna tuala basahkan pastu sabunkan tino dan lapkan semula dengan tuala basah tu semula. hari tu mata tino sakit. aku jadi risau so aku tanyerla abang halim aper yang perlu buat. dia suruh aku cucikan kelopak mata tino ngan air suam pastu titikkan eye drops kat mata tino. tapi dia cakap jangan banyak banyak dan jangan kena retina mata tino nanti boleh buta. jadi aku buatla secara berhati hati.. dan Allahamdulillah tadi abang halim cakap mata tino dah ok sikit. dan dia suruh aku bersihkan telinga tino sebab taik telinga ader bakteria tu yang menyebabkan tino sakit mata... dan tadi aku blajar cara tuk potong kuku tino.

so skarang aku tak perlu risau kalau tino cakar cakar aku pun sebab kuku dia dah pendek dan tak derla lagi sakit kene cakar ngan tino time main dengan dia.. huhu...

Monday, December 8, 2008

Thursday, December 4, 2008

Semalam 4 December beday kawan baik aku mase skolah rendah time darjah satu... name dia diam farhana binti kamaruddin ( kalau tak salah aku la name ayah dia kamaruddin ke kamaruzzaman aku pun lupa).. dan 4 hari bulan jugakla tekanan darah aku naik melambong sampai ke otak.. maner taknyer asik kene marah jer.. lepas tu nak marah balik tak boleh.. pendamkan jerla.. sampai naik merah merah la muka aku tahan marah..

adoi sambung nanti ngantokla plak...

Tuesday, December 2, 2008

gaduh!! i always fighting with him. don't know why..? tak boleh nak bercakap atau berpm langsung dengannya... susah betul keadaan nie.. tak taula sampai biler akan berlarutan. apa yang aku cakap semua tak kena baginya.. sukar betul untuk aku dan abang hairol untuk berkomunikasi sejak hal dulu. entah la aku pun tak tau mana silapnya. i cannot just only blame him. it my false either...

aku dah lama maafkan dia. dan tak pernah pun terfikirkan hal lalu lagi. tapi kenapa dia macam tu? always said yang aku ni tak pernah berubah... aku yang tak pernah berubah atau dia yang berubah? aku pun tak pasti.. yang aku pasti aku masih macam dulu. tetap adik dia yang manja dan masih rindukan kasih sayang abang hairol sama macam dulu. aku rindukan panggilan deng yang di berikan olehnya kepadaku.. oh tuhan kembalikan abang hairol kepadaku... i miss him...

abang walaupun mungkin sukar untuk kita kembali berbicara i just wanna let u know that i always love u n alway be your sweet sister... ALWAYS!!!!!!!!!!!
I REALLY MISS ABANG EONE!!!!!!!!!!!!!!

Monday, December 1, 2008

my lil kantino baby


Inikah namanya kehidupan?....

sejak dua menjak ni aku sering memerhatikan keadaan sekeliling aku. SERABUT erm mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menyatakan tentang life disekeliling aku sekarang nie.. tidak terkecuali lah dengan life aku sendiri..

Macam-macam masalah yang timbul. Satu- satu muncul kekadang tu tak sempat nak settlekan masalah tu timbul pula masalah yang lain. haish!! SERABUT! dibuatnya.. Kacau! takder yang tak kacau.. jangankan masalah orang masalah yang membelenggu diri aku sendiri pun banyak apatah lagi kalau di tambah dengan masalah lain yang di bawa orang insan-insan tersayang sekeliling aku. sebolehnya aku cuba jadi yang terbaik. Sampai kekadang tu aku lebih memikirkan masalah insan tersayang dari memikirkan masalah aku sendiri. dan aku rasa itu lah Masalah paling besar aku alami.. MENGUTAMAKAN ORANG LAIN DARI DIRI SENDIRI huhu tapi aku tak kisah la sebab aku rasa bahagia melihat insan sekeliling aku bahagia..

Erm.. semenjak dua menjak ni jugak aku peratikan banyak problem tentang PERHUBUNGAN yang mana melibatkan 2 pihak yang berkasih sama ada mempunyai ikatan sah mahupun tidak. DI saat ni sahaja lebih dari 3 masalah perhubungan yang boleh dikatakan seperti RETAK MENANTI BELAH! dan ada juga yang telah terlerai ikatan yang suci.

Kekadang aku bingung memikirkannya.. sehingga menjadikan aku lebih takut untuk menjalinkan hubungan. Takut jika kejadian yang berlaku pada insan sekeliling aku berlaku pada aku pula. Lebih-lebih lagi dengan pengalaman lepas yang telah membuatkan aku fobia dengan semua ni.

Apakah adil jika hanya menyalahkan satu satu pihak sahaja? atau kedua duanya bersalah namun menunding jari antara satu sama lain? entahlah aku sendiri tidak pasti.. dan sesungguhnya aku sendiri tidak pasti dengan apa yang aku ingin sampaikan ini. takut ada keliru pula.

Apa perlukah setiap perhubungan yang di jalinkan mengungkit kisah silam? jikalau perlu untuk apa dan mengapa? Bukankah ianya hanya mengundang sakit di hati masing- masing jika ianya bukanlah sesuatu yang indah untuk di kongsi. Jadi untuk apa di ungkitkan kembali. Yang telah berlalu biarkanlah ia berlalu menjadi sejarah hidup. Usah di ungkit mahupun di kenangkan kembali hanya akan mengundang masalah sahaja. Dan andainya kisah lalu. Tutupkan sahaja buku itu dan lontarkannya jauh ke dasar laut.

Bagiku setiap perhubungan memerlukan banyak perkara yang perlu di pelajari, dikongsi serta di praktikkan bersama.. contohnya:- kepercayaan.. belajar untuk mempercayai pasangan supaya tidak akan goyang perhubungan walaupun di lamda tsunami sekali pun. kongsikan kepercayaan bersama agar tidak termakan dek hasutan lain yang mungkin hanya ingin meruntuhkan ikatan kasih sayang yang di bina...

Bukan sahaja kepercayaan yang perlu ada dalam hubungan namun ada banyak lagi perkara yang perlu ada.. kesabaran, kesetiaan, kejujuran, pengorbanan, tolak ansur, saling memahami dan banyak lagi. Ianya perlu wujud dalam setiap perhubungan agar ianya tidak goyah sekali pun bah datang melanda..

Untuk semua insan sekelilingku yang berhadapan dengan masalah ini ku doakan kalian agar kalian diberikan kesabaran yang tinggi agar dapat menempuhi segalanya tanpa melakukan tindakkan yang diluar kewajaran. aku juga nak kalian tahu bahawa aku sentiasa ada bersama kalian walaupun mungkin aku jauh dan tidak dapat bersemuka dengan kalian namun aku tetap ada untuk bersama kalian memberi sokongan dan bantuan yang terdaya aku hulurkan InsyaAllah...

Sunday, November 30, 2008



tu lah gambar abang eone. abang angkat aku yang paling kuat membebel dan paling aku sayang. selalunya bila aku ade masalah aku pasti akan hubungi abang eone untuk bertanyakan pendapat dan mengadu padanya. namun dah lama aku tak berhubung dengannya.. tak taulah sama ada abang eone rindu n ingat aku ke tak.. yang pastinya aku ingat n selalu rindu dekatnya.. dan setiap kali aku rindu kat abang eone sudah semestinyalah aku akan peluk bantal pooh yang abang eone belikan dan beri padaku masa dia datang kl dulu. kalau tak pun aku akan pakai jam yang abang eone belikan kat aku..

kekadang kalau ada masalah aku akan mengadu dekat bantal pooh tu. terasa mase tu seperti abang eone ada bersama n mendengar setiap patah pengaduanku walaupun pada hakikat yang sebenar abang eone tak tau apa apa.. kuikuikui kekadang tu nak tergelak pun ada biler ingat ingat balik. tapi itulah yang sering berlaku...

Bagi aku abang eone dah seperti abang aku sendiri.. mungkin disebabkan sikapnya yang seperti seorang abang mengambil berat tentang adiknya serta rasa kekurangan kasih sayang dari abang abangku membuatkan aku jatuh sayang pada abang eone. apakah salah aku menyayangi abang eone lebih dari abang kandungku sendiri? aku rasa tak salah sebab selama ni pun abang eone yang lebih banyak memberikan aku kasih sayang dari abang abangku sendiri.. so how? salah ke?

dan di saat aku type blog nie aku sangat sangat rindukan abang eone.. rindu nak dengar suara dan bebelannya.. namun aku tak punya kredit yang mencukupi untuk call dia.. apatah lagi skarang nie abang eone sentiasa sibuk takut kalau aku call mengganggu dia pula. nak sms? aku bukan kaki sms... camne?.. Erm... abang adik miss u so much!!!! bilerla adik nak dapat dengar abang membebel lagi ni? n bilelah abang nak datang kl lagi??
Siapakah dia NURUL HUDA? erm... bagiku dia adalah salah seorang rakan, sahabat, kawan, teman dan member yang "PALING RAPAT" denganku.. dia bukanlah satu satunya yang ku ketagorikan "PALING RAPAT" namun di saat ini dialah yang sentiasa bersama denganku.. dan aku akui dia juga antara yang paling ku sayangi di antara kawan kawan yang lain selepas KOYOT.

Namun kekadang dia sering menduga kesabaran dan kemarahanku dengan telatah dan sikapnya.. tapi kekadang dia jugalah pengubat dan penghibur hati ini di saat aku memerlukan teman. Dia jugalah yang selalu menjadi mangsa bebelan aku.. maner taknyer.. tak nak dengar cakap.. mau aku tak marah dan membebel. seboleh bolehnya aku taknak melihat setitis pun air matanya jatuh di depanku.. sebab aku tak kuat untuk melihatnya.. melihat insan yang aku sayangi menangis hanya menimbulkan rase marah yang tidak terhingga dalam diri ini kerana tidak mampu menangkis air matanya dari berguguran jatuh. Dan sudah semestinya hati ini juga terluka dan menangis sama kerana tidak mampu untuk membantunya disaat dia memerlukan aku..

NURUL telah bertahun kita menjalinkan persahabatan dan telah banyak yang kita lalui serta kongsi bersama. Maaf aku pohon seandainya ada melukakan hati ko.. bukan niat aku nak lukakan hati ko tapi aku tak berdaya nurul melihat ko menangis sedih. aku jadi lemah selemah lemahnya melihat ko berkeadaan begitu. fikiran aku jadi serabut, buntu. aku tak tau apa yang harus aku lakukan untuk memujuk ko. sebab aku bukanlah kawan yang pandai memujuk. dan aku takkan sampai hati untuk hanya mendiamkan diri walaupun pada saat dan ketika itu aku mungkin juga tengah berhadapan dengan masalah lain. entahlah nurul.. aku sendiri tidak pasti apa yang harus aku lakukan.. yang hanya aku mampu lakukan ketika itu mungkin berdoa agar ko sentiasa bahagia dan gembira. walaupun macam tu aku akan tetap juga cuba yang terbaik untuk bersama dengan ko tak kira susah mahupun senang kerna kau adalah sahabat, teman, rakan, kawan dan member yang ku sayangi..

love u so much my dearests friend NURUL HUDA JAMAL NASIR a.k.a beskalpancit...


Monday, November 24, 2008

Aku malas nak tulis tajuk tuk blog sebab takut kalau aku bagi tajuk nanti tersasar dengan isi kandungannya..

sesungguhnya aku pening sangat skarang nie.. mana taknyer aku baru nak tdo tetiba dapat call dari nurul menangis nangis.. aku dah la baru nak tdo otak tgh blur kekabur di tambah lagi dengan dengar si nurul nangis makin menjadila otak aku sakit. 1st otak dah baik punyer setting pas ni tdo tetiba terganggu dengan bunyi phone yang kuat and then sore orang nangis-nangis tak ke haru otak aku nak berfikir nak buat aper mase tu tadi. adoi hai. nak di marah kawan baik aku tak marah dia buat aku marah. haish!! entahla.. susah nak cakapla..

adoi aku ngantok tpai nak kene g kedai... hahahaha tak abis lagi type dalam blog nie

Wednesday, November 19, 2008

Kepala oh kepala.. naperla asik sakit?? aku pun tak tau naper.. kepala aku makin sakit n makin sakit tak boleh nak fokus sangat. kalu terlalu fokus mula la mata aku rase mencengkam pastu kepala aku mulala nyut nyut!! adoi.. tak tau nak buat apa. tapi tai abang azhar dah kurangkan sikit sakitnya.. tq abang a'ad. adik sayang abang a'ad.

oh ya tadi tengah hari aku bangun agaks awal la dari biase. kol 12 aku dah bangun. maner tak nyer dah janji nak bawak yamaz g tengok wayang. selain tu aku ajak sekali aiman apiz n anak abang a'ad si halim. comel n nakal macam ayahnyer jugak... abis dalam 60 ringgit tapi tak kisah la janji dorang happy.

pas tengok wayang cam biasela aku g beli barang pastu balik kedai. huhu mate mase tu dah stone dah nak tdo tapi tak tdo tdo jugak... sampai skarang pulak tu adoi... wahai mater pejamla dah lama sangat dah ko terbukak nie...

erm okla nak pejam mater esok sambung!

Saturday, November 15, 2008

Lalink

Siapakah lalink? lalink yang banyak memberikan aku kenangan manis, banyak menghiburkan hatiku ketika resah gelisah dan lalink juga menjadi temanku di saat aku memerlukan seorang teman.

aku mengenali lalink di dewan di mana berlakunya pertandingan silat suatu mase lalu. di sana kami kenal. dan di saat itu hati sedang terluka. kami hanya berkawan... dari kawan biasa menjadi kawan yang lebih rapat. banyak yang aku kongsi dengannya... sehinggalah satu saat aku minta dia menjadi skandal aku.. hahahaha sejak itulah kemana saja aku pergi lalink akan sentiasa menemani aku.

ya kemana saya aku pergi mesti lalink akan ikut bersama.. aku selalu keluar bersama chatters so lalink juga akan terut serta. dan banyak kenangan yang aku tak boleh lupakan antaranya.. aku tengah kusut giler mase tu aku call dia cakap aku kusut then dia suruh aku datang ke sana amik dia n kuar g memaner tuk tenangkan fikiran aku. so aku amik lalink n abang effi. kononnya nak lepak jejalan di kl jer pastu seperti biasela aku kan manusia yang selalu buat sesuatu tanpa di rancang.. so dari kl kononnya nak ke putrajaya last last kitaorang ke melaka. kat melaka kiteorang g kedai one of my friend kamang. kat sana kiteorang on9 pastu main snooker g makan ikan bakar kejap pastu balik ke kl balik. sengalkan kiteroang?! hahaha tapi sebenarnyer aku la paling sengal huhu...

selain tu pernah jugak aku cakap kat lalink nak makan pizza pastu busan aku ajak dia ngan abang cip g bowling kat flaminggo. and di sebab kan terlalu busan aku terus ajak lalink naik genting... wah!! on this moment memang best bagi aku la... coz dapat jumpa ita n lela other then that dapat la masuk snow world free. lepak samapi kol braper tah tak ingat.. pastu turun balik kl.. dah sampai kat umah lalink aku plak jadi tak braper ok so dia cakap ngan ayah dia n ayah dia suh aku tdo jer kat umah dia. then aku tido la kat umah dia. hahahaha. esoknyer ayah lalink tanyer naper tak tido jer kat genting so lalink cakap tak leh sebab fifi ada.

banyakla kenangan yang aku takkan lupa sampai bila bila.. n his the best scandal that i have. huhu skarang ni aku dah jarang dapat jumpa lalink. yerla dia dah ader life dia sendiri begitu jugak aku. kalau jumpa pun dah tak serapat dulu yerla takutla jugak nanti ader plak yang marah kalau aku rapat dengan lalink. so sebelom bende bende tak elok berlaku baik la aku tak hubungi dia. hanya bila dia hubungi aku jer aku akan jawab n cuba berada dengannya itu jerla kot yang mampu aku buat skarang nie...

aper pun untuk lalink... thanks for every moment that we spend together.. it was a great times n i wont forget it forever...

Friday, October 17, 2008

apam gandum



Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )

* 250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
* 2 biji telur
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 200 ml susu segar
* 300 gm tepung gandum
* 1 sudu kecil ovallate
* Pewarna (ikut suka)
* Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara

1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
11. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!
12.
Ovallate
Inilah rupa "OVALLATE". Seakan2 mentega tapi berwarna oren dan jernih sedikit. Yang saya jumpa, dijual dlm transparent container cam dlm gambar ni





di ambil dari myresepi.com

Tuesday, October 14, 2008

miss da all time with u too sipot @ bayu

miss da old time... erm.. semalam aku dapat message dari salah sorang kawan yang dah aku anggap seperti akak aku sendiri.. bertahun aku bersama dengan dia dan lelain menempuhi kehidupan sebagai student.. memacam hal yang berlaku susah senang kiteorang kongsi bersama.. lebih lebih lagi masa belajar dekat shah alam.. kami berkongsi bilik... namun masa begitu pantas berlalu.. skarang dah tak macam dulu.. macam aku katakan dalam blog lepas.. semua dah berubah kenangan kan tetap menjadi kenangan.. namun bila di ingat ingatkan memangla perasaan rindu tu akan muncul. dan aku seperti biase cuba menepis segala kenangan yang datang.. bukan cuba lari dari kenangan tapi cuba untuk tidak terlalu hidup dalam kenangan... yang aku rasakan hanya akan mengundang kerinduan dan kesedihan semata mata.. tapi aper nak buat... macam anak buah aku cakap cik eity ni nampak jer brutal tapi hati tisu...

erm biler dapat msg kak bayu.. aku jadi sayu.. sedih dan semestinyalah perasaan rindu tu muncul kembali... ya sapa kat aku tak rindukan dia? lagi lagi masa bulan puasa hari tu.. aku mesti teringat kat dia.. macam mana aku kenekan dia bagi dia nangis mase 1st puase dia kat umah aku.. dia yang tak pernah berjauhan dari keluarga masa bulan puasa terpakse menyambut ketibaan puasa tahun tu di rumah aku hanya kerana dia terpaksa praktikal kat syarikat orang kampung yang letak tak jauh dari rumah aku.. so mase tu lah aku yang dah sedia sewel sengal lagi nakal pun openla lagu dendang perantau. hahaha aper lagi mau tak makcik tu menangis dengar lagu tu... dahla mase tu tengah hati tisu.. kuikuikui jahat seh aku mase tu.. tapi biler ingat ingat kan nak gelak pun ader...

erm pastu memacam lagila kenakalan yang aku buat kat kak bayu.. dan dia antara orang yang tahu dan kenal baik buruk aku.. sebab hampir separuh dari life aku dia tau ceritanya.. dia terlalu baik bagi aku.. dan dia jugala yang selalu kene buli makan dengan aku.. yang aku tau dia suka makan ayam panggang dan ikan masin pedas yang aku buat.. tapi yang paling aku tak suka kak bayu ni bila masak.. sebab bila aku masak dia tgk dia mesti cakap " nape masak macam tu? mak orang tak masak macam tu pun".. hish rase nak cepuk jer mase tu... dah lain lain orang yang masak mesti lah lain cara masakannya yer tak?? hahaha dan yang paling aku takkan lupa dia suka makan cadbury coklat. sampai tido pun masih pegang coklat nasib baikla tak bersemut toto mase tu.. kuikuikui.. memang banyak sangat kenangan aku dengan dia..

dan skarang dia dia dah jauh. susah untuk aku berjumpa dengannya.. dan hati aku sekarang ni tak tenteram.. lebih lebih lagi bila dia msg aku dalam fs semalam..

"hi sygku..
how are you bebeh..i feel like wanna cry in ur arms la today.
.miss those time..time kite sesama..
xtau nape arini trasa mcm tgh berhati sedih.uhuhu..."




":) i'm try to be ok all the time..
sejak slalu sorg2..xde kwn2 sekeliling..
org jd lebih tabah sket dr dulu..
tepaksa la gitu..kalo x macam2 bole jd..
kalo dulu..time ngan et..nk nangis jek trus peluk et..skng dh xleh wt g2..
kalo time kt mlka lu ita slalu temani org..ada farah lg..yg lain2 dan et..
yeup..those time mmg sweet..lamanya et dmm..
cane leh jd g2 ni..mkn ubat x ni..bykn minum 100plus la..amik vitaminC.
minum air asam jawa..igt lg time sama2 dmm kt shah alam dulu..
ngan cast yg selang bape minit atau selang sejam tepon..sms..
mkn ikan masin masam dan pedas tu..best sgt..
nt kite lepak sama2 ek..ngan ita skali..kite 3org je..
miss u dear..n always love u too..wlopn diam..xkontek..
xsemestinya org xigt et..cz u n ita yg plg close ngan org..
mcm adik2 org sndiri..tp org yg slalu kena buli..
ehehe..lbh2 lg tang mkn..
muah..love u..tekap tangan kt muka.. :)
tp skang dh xleh wt g2.nt comot makeup.eheehhee.."





aku tau dia sedang hadapai masalah... tapi aku terlalu jauh untuk bersama dengan dia.. ingin saja aku pergi ke sana untuk jumpa dia.. tapi aku masih ada tanggungjawab yang perlu aku utamakan dulu.. "Ya Allah Ya Tuhanku hanya padamu aku bermohon KAU berikanlah dia kekuatan dan ketabahan untuk dia mengharungi hidup dan permudahkanlah segala kerja dan bantulah dia menyelesaikan segala masalahnya tanpa perlu dia menyakitkan atau melukakan hati insan insan di sekeliling yang dia sayangi Ya Allah" Amin..

untuk kak bayu... walaupun kita jauh kak tapi eity tetap sayangkan akak... dan eity sentiasa ada support akak dari belakang.. eity yakin akak jugak tau yang eity sentiasa ada untuk bersama dengan akak.. u know where to find me.. so just let me know when u need me n kita share semuanya bersama.... i'll love u...


RockYou FXText

Monday, October 13, 2008

ermmm miss my friend...

entahla aku tak tau kenapa tapi serius aku katerkan aku rindukan kawan aku yang sorang nie... rindu sesangat!!! seriously i miss her... lame aku tak jumper dia.. ader kat sebulan kot.. aku pun tak tau maner dia pergi menghilangkan diri... aku pun tak tau kenaper... dia marah aku ker?? aku ader buat salah dengan dia ker? aku pun tak pasti... yang aku tau aku ader pinjam duit dia. dan aku janji rayer nie nak bayar.. tapi biler aku call n sms dia tak reply... pening kepala aku.. tak nak la nanti orang cakap aku pakai duit tak tau nak bayar.. n paling aku tak nak... takut takut aku termati ke terkoma ke.. kan dah susah!! bukan susah kat sini jer nanti susah kat sana tu yang aku paling tak mau.. elok elok dah boleh masuk pintu syurga skali tersangkut.. pasal aper pasal tak bayar duit yang aku pinjam tu... ish!! tak mau aku.. minta simpang la semua perkara macam tu... biar orang utang aku jangan aku utang orang.. entahla... aku just harap dia dapat hubungi aku secepat mungkin... itu jer harapan aku..

Wednesday, August 20, 2008

hari murung dan sedih

aku tak tau kenapa hari ni aku rase murung sangat.. rase sedih sangat... biler dah sedih tu sesedar jer air mata dah mengalir.. menangis... entahla tak tau aku kenapa.. yang pasti mungkin di sebabkan rasa rindu aku pada abang abang n kakak angkat aku dulu.. aku rindukan mereka.. lepastu dibebankan lagi dengan masalah lain. membuatkan aku jadi hilang kawalan sekejap..

dan yang paling penting sekali tadi aku nangis sebab gegurl ilang.. sampai ke saat ini aku masih belum temui gegurl.. aku takut ape aper terjadi pada gegurl.. dah puas aku cari satu rumah tapi tak jumpa jugak gegurl.. aku sayang gegurl sesangat.. aku tau aku tak layak untuk mempersoalkan hal nie tapi mengapa mesti setiap yang aku sayang mesti tinggalkan aku?? kenapa bukan orang yang aku benci??? entahlah aku pasrah pada ketentuanNya.. :(

Tuesday, August 19, 2008

zaman study

erm aku masih ingat pada zaman dedulu... zaman yang amat meriah dan menggembirakan aku... always happy n enjoy... ader masalah pun rase macam takder.... seronok giler zaman tu.. kuar jenjalan enjoy sana sini.. tapi study tetap study.. selama 3 tahun aku belajar kat uitm.memacam perkara yang aku lalui... erm time belajar memang seronok tak payah fikir aper aper lagi. yang perlu di fikirkan hanya blajar blajar blajar.. itu saje.. lelain serahkan pada mak ayah.. nak duit minta jer mesti dapat.. janji untuk belajar.. suka duka pahit manis mase bergelar pelajar 'U' takkan aku lupakan sampai biler biler..

lari dari meeting blok dah sememangnye keje aku.. jangan kan meeting blok meeting jabatan ngan fakulti pun kekadang aku tak g. sebab malas... tapi sejak sidipci di tubuhkan aku tak pernah tak pergi.. sure aku pergi meeting fakulti.. nak wat camner mase tu aku ahli jawatan kuasa tertinggi.. muahahaha.. mesti la pergi.. induc adik adik junior.. tapi itulah yang buat kiterorang rapat..

1st tugasan aku mase tu buat dinner tuk part 6. sesungguhnya time tu lah aku rase enjoy giler giler... walaupun mase tu aderla masalah dalaman yang berlaku. tapi syukur semua berjaya dengan jayanya..

so biler ingat ingat balik rindu rasenyer ngan bebudak kelas.. rindu nak g pengkalan balak reramai.. sebelom balik umah memasing lepas abis exam... erm sebut pengkalan balak teringat pula memori sahabat baik aku termasuk dalam longkang sebab nak memujuk lecturer tuk join perjumpaan terakhir kita orang.. time tu sedih pun ader gak sebab mase tuk bersama seperti mase memula belajar dulu dah takkan kembali...

sekarang memasing dah buat haluan memasing. ada yang dah keje, sambung study, menganggur, dah kawin, erm dah nak bersalin pun ader gaks hehehe... paper pun aku wish korang semua all da best la... kenangan bersama semua takkan aku lupa... ita, atan, uncle, occeh, shaz, akramin, awin , lis, kak sheena, magic, lela, paan, fadhil, den, chalin, kak lin, buzz, berg, anis, kak azah n kak fida of coz la yang paling takkan aku lupa encik apiz, puan nik n encik shaharin yang membantu dan mencurahkan ilmu pada aku dan lelain. thanks A lot muahkks love u all... peace..






last diploma show sebelom semua balik



pix beramai dengan semua encik apiz je takder




time convocation



gelak sakan wei time ni seronok!!



erm malam PGN NITE (PRA GRADUAN NIGTH)
kamilah bakal photographer pemangkin seni gambar..

Monday, August 18, 2008

mindaku serabut

erm hari ni mindaku serabut sangat... tahla tak tau aper yang patut aku buat..banyak bende yang berlaku.. namun ku cuba jua untuk tabah mengahadapinya...moga aku di berikan kekuatan dan ketabahan dariNya agar dapat ku tempuhi dugaku ini.... huhu..
dah banyak hari aku nak edit blog aku ni tapi tak berkesempatan atau lebih mudah lagi aku malas nak reka ayat dan type... ayat tu hanya ada dalam minda tapi tak mampu untuk aku typekan... oh ya!! tadi adik kesayangan aku sms bagitahu yang dia akan kembali ke Malaysia lusa.. tak sabar rasenyer nak jumpa dia.. tapi takut pun ader gaks... sebab dah lame aku tak jumpe dengan adik aku surela banyak hal nanti.. silap silap asik gaduh jer.. muahahaha pening plak kepala mak aku nanti... huhu..

Saturday, August 9, 2008

me..

aku hanyalah insan biasa yang tak pernah lekang dari melakukan kesilapan. namun inilah yang dinamakan kehidupan. aku tak pernah serik untuk mencuba dan terus mencuba. walaupun mungkin cubaan yang aku lakukan itu bakal membawa padah padaku. tapi aku tetap lakukannya... tak kebangang aku ni huaahuamuahahahaha...
aku sukakan life yang simple tapi nak wat camner life aku tak pernahnyer simple asik complicated jer selalu... naik bosan aku dibuatnyer.. namun ku gagahi jua melaluinya... adoi ayat cam gampang siak!! gilos!.. erk nanti sambung la aku dah terbuntula plak skarang nie