Friday, October 17, 2008

apam gandum



Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )

* 250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
* 2 biji telur
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 200 ml susu segar
* 300 gm tepung gandum
* 1 sudu kecil ovallate
* Pewarna (ikut suka)
* Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara

1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
11. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!
12.
Ovallate
Inilah rupa "OVALLATE". Seakan2 mentega tapi berwarna oren dan jernih sedikit. Yang saya jumpa, dijual dlm transparent container cam dlm gambar ni





di ambil dari myresepi.com

Tuesday, October 14, 2008

miss da all time with u too sipot @ bayu

miss da old time... erm.. semalam aku dapat message dari salah sorang kawan yang dah aku anggap seperti akak aku sendiri.. bertahun aku bersama dengan dia dan lelain menempuhi kehidupan sebagai student.. memacam hal yang berlaku susah senang kiteorang kongsi bersama.. lebih lebih lagi masa belajar dekat shah alam.. kami berkongsi bilik... namun masa begitu pantas berlalu.. skarang dah tak macam dulu.. macam aku katakan dalam blog lepas.. semua dah berubah kenangan kan tetap menjadi kenangan.. namun bila di ingat ingatkan memangla perasaan rindu tu akan muncul. dan aku seperti biase cuba menepis segala kenangan yang datang.. bukan cuba lari dari kenangan tapi cuba untuk tidak terlalu hidup dalam kenangan... yang aku rasakan hanya akan mengundang kerinduan dan kesedihan semata mata.. tapi aper nak buat... macam anak buah aku cakap cik eity ni nampak jer brutal tapi hati tisu...

erm biler dapat msg kak bayu.. aku jadi sayu.. sedih dan semestinyalah perasaan rindu tu muncul kembali... ya sapa kat aku tak rindukan dia? lagi lagi masa bulan puasa hari tu.. aku mesti teringat kat dia.. macam mana aku kenekan dia bagi dia nangis mase 1st puase dia kat umah aku.. dia yang tak pernah berjauhan dari keluarga masa bulan puasa terpakse menyambut ketibaan puasa tahun tu di rumah aku hanya kerana dia terpaksa praktikal kat syarikat orang kampung yang letak tak jauh dari rumah aku.. so mase tu lah aku yang dah sedia sewel sengal lagi nakal pun openla lagu dendang perantau. hahaha aper lagi mau tak makcik tu menangis dengar lagu tu... dahla mase tu tengah hati tisu.. kuikuikui jahat seh aku mase tu.. tapi biler ingat ingat kan nak gelak pun ader...

erm pastu memacam lagila kenakalan yang aku buat kat kak bayu.. dan dia antara orang yang tahu dan kenal baik buruk aku.. sebab hampir separuh dari life aku dia tau ceritanya.. dia terlalu baik bagi aku.. dan dia jugala yang selalu kene buli makan dengan aku.. yang aku tau dia suka makan ayam panggang dan ikan masin pedas yang aku buat.. tapi yang paling aku tak suka kak bayu ni bila masak.. sebab bila aku masak dia tgk dia mesti cakap " nape masak macam tu? mak orang tak masak macam tu pun".. hish rase nak cepuk jer mase tu... dah lain lain orang yang masak mesti lah lain cara masakannya yer tak?? hahaha dan yang paling aku takkan lupa dia suka makan cadbury coklat. sampai tido pun masih pegang coklat nasib baikla tak bersemut toto mase tu.. kuikuikui.. memang banyak sangat kenangan aku dengan dia..

dan skarang dia dia dah jauh. susah untuk aku berjumpa dengannya.. dan hati aku sekarang ni tak tenteram.. lebih lebih lagi bila dia msg aku dalam fs semalam..

"hi sygku..
how are you bebeh..i feel like wanna cry in ur arms la today.
.miss those time..time kite sesama..
xtau nape arini trasa mcm tgh berhati sedih.uhuhu..."




":) i'm try to be ok all the time..
sejak slalu sorg2..xde kwn2 sekeliling..
org jd lebih tabah sket dr dulu..
tepaksa la gitu..kalo x macam2 bole jd..
kalo dulu..time ngan et..nk nangis jek trus peluk et..skng dh xleh wt g2..
kalo time kt mlka lu ita slalu temani org..ada farah lg..yg lain2 dan et..
yeup..those time mmg sweet..lamanya et dmm..
cane leh jd g2 ni..mkn ubat x ni..bykn minum 100plus la..amik vitaminC.
minum air asam jawa..igt lg time sama2 dmm kt shah alam dulu..
ngan cast yg selang bape minit atau selang sejam tepon..sms..
mkn ikan masin masam dan pedas tu..best sgt..
nt kite lepak sama2 ek..ngan ita skali..kite 3org je..
miss u dear..n always love u too..wlopn diam..xkontek..
xsemestinya org xigt et..cz u n ita yg plg close ngan org..
mcm adik2 org sndiri..tp org yg slalu kena buli..
ehehe..lbh2 lg tang mkn..
muah..love u..tekap tangan kt muka.. :)
tp skang dh xleh wt g2.nt comot makeup.eheehhee.."





aku tau dia sedang hadapai masalah... tapi aku terlalu jauh untuk bersama dengan dia.. ingin saja aku pergi ke sana untuk jumpa dia.. tapi aku masih ada tanggungjawab yang perlu aku utamakan dulu.. "Ya Allah Ya Tuhanku hanya padamu aku bermohon KAU berikanlah dia kekuatan dan ketabahan untuk dia mengharungi hidup dan permudahkanlah segala kerja dan bantulah dia menyelesaikan segala masalahnya tanpa perlu dia menyakitkan atau melukakan hati insan insan di sekeliling yang dia sayangi Ya Allah" Amin..

untuk kak bayu... walaupun kita jauh kak tapi eity tetap sayangkan akak... dan eity sentiasa ada support akak dari belakang.. eity yakin akak jugak tau yang eity sentiasa ada untuk bersama dengan akak.. u know where to find me.. so just let me know when u need me n kita share semuanya bersama.... i'll love u...


RockYou FXText

Monday, October 13, 2008

ermmm miss my friend...

entahla aku tak tau kenapa tapi serius aku katerkan aku rindukan kawan aku yang sorang nie... rindu sesangat!!! seriously i miss her... lame aku tak jumper dia.. ader kat sebulan kot.. aku pun tak tau maner dia pergi menghilangkan diri... aku pun tak tau kenaper... dia marah aku ker?? aku ader buat salah dengan dia ker? aku pun tak pasti... yang aku tau aku ader pinjam duit dia. dan aku janji rayer nie nak bayar.. tapi biler aku call n sms dia tak reply... pening kepala aku.. tak nak la nanti orang cakap aku pakai duit tak tau nak bayar.. n paling aku tak nak... takut takut aku termati ke terkoma ke.. kan dah susah!! bukan susah kat sini jer nanti susah kat sana tu yang aku paling tak mau.. elok elok dah boleh masuk pintu syurga skali tersangkut.. pasal aper pasal tak bayar duit yang aku pinjam tu... ish!! tak mau aku.. minta simpang la semua perkara macam tu... biar orang utang aku jangan aku utang orang.. entahla... aku just harap dia dapat hubungi aku secepat mungkin... itu jer harapan aku..