Sunday, November 30, 2008



tu lah gambar abang eone. abang angkat aku yang paling kuat membebel dan paling aku sayang. selalunya bila aku ade masalah aku pasti akan hubungi abang eone untuk bertanyakan pendapat dan mengadu padanya. namun dah lama aku tak berhubung dengannya.. tak taulah sama ada abang eone rindu n ingat aku ke tak.. yang pastinya aku ingat n selalu rindu dekatnya.. dan setiap kali aku rindu kat abang eone sudah semestinyalah aku akan peluk bantal pooh yang abang eone belikan dan beri padaku masa dia datang kl dulu. kalau tak pun aku akan pakai jam yang abang eone belikan kat aku..

kekadang kalau ada masalah aku akan mengadu dekat bantal pooh tu. terasa mase tu seperti abang eone ada bersama n mendengar setiap patah pengaduanku walaupun pada hakikat yang sebenar abang eone tak tau apa apa.. kuikuikui kekadang tu nak tergelak pun ada biler ingat ingat balik. tapi itulah yang sering berlaku...

Bagi aku abang eone dah seperti abang aku sendiri.. mungkin disebabkan sikapnya yang seperti seorang abang mengambil berat tentang adiknya serta rasa kekurangan kasih sayang dari abang abangku membuatkan aku jatuh sayang pada abang eone. apakah salah aku menyayangi abang eone lebih dari abang kandungku sendiri? aku rasa tak salah sebab selama ni pun abang eone yang lebih banyak memberikan aku kasih sayang dari abang abangku sendiri.. so how? salah ke?

dan di saat aku type blog nie aku sangat sangat rindukan abang eone.. rindu nak dengar suara dan bebelannya.. namun aku tak punya kredit yang mencukupi untuk call dia.. apatah lagi skarang nie abang eone sentiasa sibuk takut kalau aku call mengganggu dia pula. nak sms? aku bukan kaki sms... camne?.. Erm... abang adik miss u so much!!!! bilerla adik nak dapat dengar abang membebel lagi ni? n bilelah abang nak datang kl lagi??
Siapakah dia NURUL HUDA? erm... bagiku dia adalah salah seorang rakan, sahabat, kawan, teman dan member yang "PALING RAPAT" denganku.. dia bukanlah satu satunya yang ku ketagorikan "PALING RAPAT" namun di saat ini dialah yang sentiasa bersama denganku.. dan aku akui dia juga antara yang paling ku sayangi di antara kawan kawan yang lain selepas KOYOT.

Namun kekadang dia sering menduga kesabaran dan kemarahanku dengan telatah dan sikapnya.. tapi kekadang dia jugalah pengubat dan penghibur hati ini di saat aku memerlukan teman. Dia jugalah yang selalu menjadi mangsa bebelan aku.. maner taknyer.. tak nak dengar cakap.. mau aku tak marah dan membebel. seboleh bolehnya aku taknak melihat setitis pun air matanya jatuh di depanku.. sebab aku tak kuat untuk melihatnya.. melihat insan yang aku sayangi menangis hanya menimbulkan rase marah yang tidak terhingga dalam diri ini kerana tidak mampu menangkis air matanya dari berguguran jatuh. Dan sudah semestinya hati ini juga terluka dan menangis sama kerana tidak mampu untuk membantunya disaat dia memerlukan aku..

NURUL telah bertahun kita menjalinkan persahabatan dan telah banyak yang kita lalui serta kongsi bersama. Maaf aku pohon seandainya ada melukakan hati ko.. bukan niat aku nak lukakan hati ko tapi aku tak berdaya nurul melihat ko menangis sedih. aku jadi lemah selemah lemahnya melihat ko berkeadaan begitu. fikiran aku jadi serabut, buntu. aku tak tau apa yang harus aku lakukan untuk memujuk ko. sebab aku bukanlah kawan yang pandai memujuk. dan aku takkan sampai hati untuk hanya mendiamkan diri walaupun pada saat dan ketika itu aku mungkin juga tengah berhadapan dengan masalah lain. entahlah nurul.. aku sendiri tidak pasti apa yang harus aku lakukan.. yang hanya aku mampu lakukan ketika itu mungkin berdoa agar ko sentiasa bahagia dan gembira. walaupun macam tu aku akan tetap juga cuba yang terbaik untuk bersama dengan ko tak kira susah mahupun senang kerna kau adalah sahabat, teman, rakan, kawan dan member yang ku sayangi..

love u so much my dearests friend NURUL HUDA JAMAL NASIR a.k.a beskalpancit...


Monday, November 24, 2008

Aku malas nak tulis tajuk tuk blog sebab takut kalau aku bagi tajuk nanti tersasar dengan isi kandungannya..

sesungguhnya aku pening sangat skarang nie.. mana taknyer aku baru nak tdo tetiba dapat call dari nurul menangis nangis.. aku dah la baru nak tdo otak tgh blur kekabur di tambah lagi dengan dengar si nurul nangis makin menjadila otak aku sakit. 1st otak dah baik punyer setting pas ni tdo tetiba terganggu dengan bunyi phone yang kuat and then sore orang nangis-nangis tak ke haru otak aku nak berfikir nak buat aper mase tu tadi. adoi hai. nak di marah kawan baik aku tak marah dia buat aku marah. haish!! entahla.. susah nak cakapla..

adoi aku ngantok tpai nak kene g kedai... hahahaha tak abis lagi type dalam blog nie

Wednesday, November 19, 2008

Kepala oh kepala.. naperla asik sakit?? aku pun tak tau naper.. kepala aku makin sakit n makin sakit tak boleh nak fokus sangat. kalu terlalu fokus mula la mata aku rase mencengkam pastu kepala aku mulala nyut nyut!! adoi.. tak tau nak buat apa. tapi tai abang azhar dah kurangkan sikit sakitnya.. tq abang a'ad. adik sayang abang a'ad.

oh ya tadi tengah hari aku bangun agaks awal la dari biase. kol 12 aku dah bangun. maner tak nyer dah janji nak bawak yamaz g tengok wayang. selain tu aku ajak sekali aiman apiz n anak abang a'ad si halim. comel n nakal macam ayahnyer jugak... abis dalam 60 ringgit tapi tak kisah la janji dorang happy.

pas tengok wayang cam biasela aku g beli barang pastu balik kedai. huhu mate mase tu dah stone dah nak tdo tapi tak tdo tdo jugak... sampai skarang pulak tu adoi... wahai mater pejamla dah lama sangat dah ko terbukak nie...

erm okla nak pejam mater esok sambung!

Saturday, November 15, 2008

Lalink

Siapakah lalink? lalink yang banyak memberikan aku kenangan manis, banyak menghiburkan hatiku ketika resah gelisah dan lalink juga menjadi temanku di saat aku memerlukan seorang teman.

aku mengenali lalink di dewan di mana berlakunya pertandingan silat suatu mase lalu. di sana kami kenal. dan di saat itu hati sedang terluka. kami hanya berkawan... dari kawan biasa menjadi kawan yang lebih rapat. banyak yang aku kongsi dengannya... sehinggalah satu saat aku minta dia menjadi skandal aku.. hahahaha sejak itulah kemana saja aku pergi lalink akan sentiasa menemani aku.

ya kemana saya aku pergi mesti lalink akan ikut bersama.. aku selalu keluar bersama chatters so lalink juga akan terut serta. dan banyak kenangan yang aku tak boleh lupakan antaranya.. aku tengah kusut giler mase tu aku call dia cakap aku kusut then dia suruh aku datang ke sana amik dia n kuar g memaner tuk tenangkan fikiran aku. so aku amik lalink n abang effi. kononnya nak lepak jejalan di kl jer pastu seperti biasela aku kan manusia yang selalu buat sesuatu tanpa di rancang.. so dari kl kononnya nak ke putrajaya last last kitaorang ke melaka. kat melaka kiteorang g kedai one of my friend kamang. kat sana kiteorang on9 pastu main snooker g makan ikan bakar kejap pastu balik ke kl balik. sengalkan kiteroang?! hahaha tapi sebenarnyer aku la paling sengal huhu...

selain tu pernah jugak aku cakap kat lalink nak makan pizza pastu busan aku ajak dia ngan abang cip g bowling kat flaminggo. and di sebab kan terlalu busan aku terus ajak lalink naik genting... wah!! on this moment memang best bagi aku la... coz dapat jumpa ita n lela other then that dapat la masuk snow world free. lepak samapi kol braper tah tak ingat.. pastu turun balik kl.. dah sampai kat umah lalink aku plak jadi tak braper ok so dia cakap ngan ayah dia n ayah dia suh aku tdo jer kat umah dia. then aku tido la kat umah dia. hahahaha. esoknyer ayah lalink tanyer naper tak tido jer kat genting so lalink cakap tak leh sebab fifi ada.

banyakla kenangan yang aku takkan lupa sampai bila bila.. n his the best scandal that i have. huhu skarang ni aku dah jarang dapat jumpa lalink. yerla dia dah ader life dia sendiri begitu jugak aku. kalau jumpa pun dah tak serapat dulu yerla takutla jugak nanti ader plak yang marah kalau aku rapat dengan lalink. so sebelom bende bende tak elok berlaku baik la aku tak hubungi dia. hanya bila dia hubungi aku jer aku akan jawab n cuba berada dengannya itu jerla kot yang mampu aku buat skarang nie...

aper pun untuk lalink... thanks for every moment that we spend together.. it was a great times n i wont forget it forever...