Sunday, November 30, 2008

Siapakah dia NURUL HUDA? erm... bagiku dia adalah salah seorang rakan, sahabat, kawan, teman dan member yang "PALING RAPAT" denganku.. dia bukanlah satu satunya yang ku ketagorikan "PALING RAPAT" namun di saat ini dialah yang sentiasa bersama denganku.. dan aku akui dia juga antara yang paling ku sayangi di antara kawan kawan yang lain selepas KOYOT.

Namun kekadang dia sering menduga kesabaran dan kemarahanku dengan telatah dan sikapnya.. tapi kekadang dia jugalah pengubat dan penghibur hati ini di saat aku memerlukan teman. Dia jugalah yang selalu menjadi mangsa bebelan aku.. maner taknyer.. tak nak dengar cakap.. mau aku tak marah dan membebel. seboleh bolehnya aku taknak melihat setitis pun air matanya jatuh di depanku.. sebab aku tak kuat untuk melihatnya.. melihat insan yang aku sayangi menangis hanya menimbulkan rase marah yang tidak terhingga dalam diri ini kerana tidak mampu menangkis air matanya dari berguguran jatuh. Dan sudah semestinya hati ini juga terluka dan menangis sama kerana tidak mampu untuk membantunya disaat dia memerlukan aku..

NURUL telah bertahun kita menjalinkan persahabatan dan telah banyak yang kita lalui serta kongsi bersama. Maaf aku pohon seandainya ada melukakan hati ko.. bukan niat aku nak lukakan hati ko tapi aku tak berdaya nurul melihat ko menangis sedih. aku jadi lemah selemah lemahnya melihat ko berkeadaan begitu. fikiran aku jadi serabut, buntu. aku tak tau apa yang harus aku lakukan untuk memujuk ko. sebab aku bukanlah kawan yang pandai memujuk. dan aku takkan sampai hati untuk hanya mendiamkan diri walaupun pada saat dan ketika itu aku mungkin juga tengah berhadapan dengan masalah lain. entahlah nurul.. aku sendiri tidak pasti apa yang harus aku lakukan.. yang hanya aku mampu lakukan ketika itu mungkin berdoa agar ko sentiasa bahagia dan gembira. walaupun macam tu aku akan tetap juga cuba yang terbaik untuk bersama dengan ko tak kira susah mahupun senang kerna kau adalah sahabat, teman, rakan, kawan dan member yang ku sayangi..

love u so much my dearests friend NURUL HUDA JAMAL NASIR a.k.a beskalpancit...


1 comment:

Anonymous said...

oit..nama penuh aku tuh... ayohh..abehla pasni kne bomoh! lalala~
thanks 4 the friendship.. hope it will be stronger 4 ever..
u r the best friend dat i ever had!
may god bless us..
i love you too gurl!!