Monday, December 1, 2008

Inikah namanya kehidupan?....

sejak dua menjak ni aku sering memerhatikan keadaan sekeliling aku. SERABUT erm mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menyatakan tentang life disekeliling aku sekarang nie.. tidak terkecuali lah dengan life aku sendiri..

Macam-macam masalah yang timbul. Satu- satu muncul kekadang tu tak sempat nak settlekan masalah tu timbul pula masalah yang lain. haish!! SERABUT! dibuatnya.. Kacau! takder yang tak kacau.. jangankan masalah orang masalah yang membelenggu diri aku sendiri pun banyak apatah lagi kalau di tambah dengan masalah lain yang di bawa orang insan-insan tersayang sekeliling aku. sebolehnya aku cuba jadi yang terbaik. Sampai kekadang tu aku lebih memikirkan masalah insan tersayang dari memikirkan masalah aku sendiri. dan aku rasa itu lah Masalah paling besar aku alami.. MENGUTAMAKAN ORANG LAIN DARI DIRI SENDIRI huhu tapi aku tak kisah la sebab aku rasa bahagia melihat insan sekeliling aku bahagia..

Erm.. semenjak dua menjak ni jugak aku peratikan banyak problem tentang PERHUBUNGAN yang mana melibatkan 2 pihak yang berkasih sama ada mempunyai ikatan sah mahupun tidak. DI saat ni sahaja lebih dari 3 masalah perhubungan yang boleh dikatakan seperti RETAK MENANTI BELAH! dan ada juga yang telah terlerai ikatan yang suci.

Kekadang aku bingung memikirkannya.. sehingga menjadikan aku lebih takut untuk menjalinkan hubungan. Takut jika kejadian yang berlaku pada insan sekeliling aku berlaku pada aku pula. Lebih-lebih lagi dengan pengalaman lepas yang telah membuatkan aku fobia dengan semua ni.

Apakah adil jika hanya menyalahkan satu satu pihak sahaja? atau kedua duanya bersalah namun menunding jari antara satu sama lain? entahlah aku sendiri tidak pasti.. dan sesungguhnya aku sendiri tidak pasti dengan apa yang aku ingin sampaikan ini. takut ada keliru pula.

Apa perlukah setiap perhubungan yang di jalinkan mengungkit kisah silam? jikalau perlu untuk apa dan mengapa? Bukankah ianya hanya mengundang sakit di hati masing- masing jika ianya bukanlah sesuatu yang indah untuk di kongsi. Jadi untuk apa di ungkitkan kembali. Yang telah berlalu biarkanlah ia berlalu menjadi sejarah hidup. Usah di ungkit mahupun di kenangkan kembali hanya akan mengundang masalah sahaja. Dan andainya kisah lalu. Tutupkan sahaja buku itu dan lontarkannya jauh ke dasar laut.

Bagiku setiap perhubungan memerlukan banyak perkara yang perlu di pelajari, dikongsi serta di praktikkan bersama.. contohnya:- kepercayaan.. belajar untuk mempercayai pasangan supaya tidak akan goyang perhubungan walaupun di lamda tsunami sekali pun. kongsikan kepercayaan bersama agar tidak termakan dek hasutan lain yang mungkin hanya ingin meruntuhkan ikatan kasih sayang yang di bina...

Bukan sahaja kepercayaan yang perlu ada dalam hubungan namun ada banyak lagi perkara yang perlu ada.. kesabaran, kesetiaan, kejujuran, pengorbanan, tolak ansur, saling memahami dan banyak lagi. Ianya perlu wujud dalam setiap perhubungan agar ianya tidak goyah sekali pun bah datang melanda..

Untuk semua insan sekelilingku yang berhadapan dengan masalah ini ku doakan kalian agar kalian diberikan kesabaran yang tinggi agar dapat menempuhi segalanya tanpa melakukan tindakkan yang diluar kewajaran. aku juga nak kalian tahu bahawa aku sentiasa ada bersama kalian walaupun mungkin aku jauh dan tidak dapat bersemuka dengan kalian namun aku tetap ada untuk bersama kalian memberi sokongan dan bantuan yang terdaya aku hulurkan InsyaAllah...

No comments: