Thursday, December 18, 2008

hari ni aku tak tau lah nak cakap macam maner... letih kusut keliru dan sedih bercampur campur. semalam aku kene pukul dengan adik lelaki aku. aku tak pasti apakah tindakan aku betul atau salah.. sehingga aku kene pukul tapi yang aku tau aku dah cuba buat yang terbaik untuk adik aku. aku tak nak dia bersama dengan perempuan tu.. bukan sebab aku cemburu ke apa tapi sebab perempuan tu isteri orang. dan aku kenal dengan perempuan tu serta baik dengan suami dia. aku jadi bingung. sebealh kanan adik sebelah kiri orang yang telah ku anggap seperti abang dan kakak ku sendiri...

bila dah jadi macam tu semalam aku dah cuba perempuan tu menangis marah aku semua tapi hati aku tetap keras mengatakan perempuan tu salah begitu juga dengan adik aku. selain tu aku juga rasa salah sebab bagitau dengan suami dia yang isterinya keluar dengan adik aku..

aku tak kisah orang lain lihat aku jahat. Dan biarlah aku sorang jer yang jahat, menyakitkan serta mengecewakan mak ayah aku dan bukanlah adik aku yang berbuat begitu. kalau adik aku turun menyakitkan hati mak aku siapa yang akan mengubatinya nanti? jadi biarlah aku seorang je yang jahat. biarlah adik aku jadi yang terbaik untuk mak dan ayah aku..

skarang ni aku rase macam nak pergi terus pun ada. lepaskan semua yang berada di sisi aku. tak perlulah aku nak fikirkan apa apa lagi. tapi.... aku tak mampu... aku sayang mak dengan ayah. walaupun mereka bukanlah ibu dan ayah kandung aku tapi mereka adalah segala galanya bagi aku setelah kedua ibu bapa tu meninggal dunia..

oh tuhan.. apa yang harus aku lakukan sekarang ini? aku cuma inginkan yang terbaik untuk insan insan yang aku sayangi.. bantu lah aku YA ALLAH... aku benar benar keliru dan buntu...

untuk adik... aku terlalu sayangkan kau. sehingga aku tidak mahu kau lakukan sedikit kesilapan pun. biarlah aku seorang yang buat silap. biarla aku seorang yang jahat di mata mak dan ayah dan bukan ko dik.. ko anak yang baik.. bukan seperti aku yang jahat dan dah terpesong nie dik.. maafkan aku..

No comments: