Saturday, January 10, 2009

detik bersama...

erm tadi aku keluar ngan nurul boy n jiera g red box. janji kol 1 tapi biaselah name pun kami kami nie "spastic" punyer orang... janji kol 1 dekat kol 2 baru gerak g red box.. red box maner? red box yang banyak meninggalkan kenangan buat aku... iaitu red box sogo. sampai jer kat red box sogo.. orang yang pertama aku ingat mesti lah x bf aku then my late scandals.. huhu..
tentang my x bf tu aku tak nak commentla lagi sebab dia pun dah selamat menjadi suami orang. n aku sebagai x gf dia aku mendoakan agar dia bahagia hingga ke anak cucu insyaAllah..
tapi yang menarik perhatian aku skarang nie kenangan dengan my lalink... huhu... actually kisahnya jadi keesokkan harinya.. maknanya sehari selepas aku g red box sogo tu n ader hal yang telah terjadi...esoknyer aku nak balik ke melaka n g la jumper my lalink dekat masjid jamek lepas tu g com color kat ngan pwtc after that g plak pertam kompleks.. n my lalink yang temankan aku... otw berjalan kaki dari pertama nak ke pudu... mase tu kat masjid india.. aku terserempak dengan kak sara n abang jimmy dalam keter.. kebetulan keter dorang terberhenti sebelah aku so aku pun ketuk cermin diaorang. then akak sara kater g smua house. so aku n kudut pergi lah kat sana.
pastu jumperla akak sara abang jimmy abang joe n kak anis. tapi sebelom tu kak anis ngan abang joe turun akak sara ngan abang jimmy tanyer saper guy yang bersama dengan aku. so aku cakapla yang lalink tu gigong aku kat kl. pastu akak sara cakap " ini gigong? hurm! tak layak kalu macam laki aku ni layak la..." pastu lalink just gelak jer.. and start from that la aku gelar lalink kudut. n terus melekat nama kudut tu sampai la sekarang. oh ya tak lama lepas tu abang joe ngan akak anis plak sampai. so aku pun kenalkan la lalink kat diaorang. pastu abang joe terus tanyer aku naper tak bawak lalink ke red box semalam then lalink jawab dia tak dapat datang sebab aku call last minute. huhu...
start on that day la semua member chatter aku kenal ngan kudut. malah bukan saja member chatter tapi orang orang sekeliling aku termasuk family semua kenal lalink. oleh sebab itu lah aku sayang sangat relationship kiterorang.. dan sekarang ni lalink pun dah sibuk cari duit nak kawen. so aku doakan dia bahagia dengan budak kecik kesayangannya...
for MR. KUDUT.. thanks for being my best friend n scandal.. huhu

Tuesday, January 6, 2009

Since semalam rutin harian aku mula berubah. Aku kene bangun d awal pagi hari untuk hantar anak buah aku ke tmpt praktikal dia then siapkan adunan roti canai n beli brg smua bru blik smbg tdo n kol 4 siap tok ke kedai. Oh ya hari jumaat lepas aku ada berpm dengan kent dan dia ajak aku keluar hari ahad tuk settle dan jelaskan segala galanya apa yg berlaku pd hubungan kitaorg.. Tp akhirnya janji yg dbuat tidak dtunaikan. Seperti hari itu juga. Dan sejak itu aku da mula bosan dengan janji yg kent buat pd aku. Dan sejak 2 juga aku jd malas untuk ambil tahu tentangnya lagi. N yg last aku dpt msg dia semalam pg dia suh aku call tp bile aku call dia x angkat. Mungkin sbb aku lmpt call dan dia da tdo. Huhu nasibla...

Wednesday, December 31, 2008

Good bye 2008 and welcome 2009

Huhu berlalulah sudah tahun 2008 yang penuh dengan 1001 kisah kehidupan dan muncul pula 2009 yg mungkin lagi mencabar dari tahun yang baru berlalu pergi.
Aku hanya berharap dengan kedatangan 2009 ni aku mampu tuk tempuhi segala halangan dan cabaran mendatang dengan tabah dan penuh dengan kesabaran.

Em.. Terlalu banyak yang blaku dalam tahun 2008. Ada yg ingin aku lupakan dan biarkan ia pergi begitu sahaja dan ada juga yg akan ku kenang sehingga ke akhirnya. Walla! Ape pun yang penting skali hidup! Perlu d teruskan...

Thursday, December 18, 2008

hari ni aku tak tau lah nak cakap macam maner... letih kusut keliru dan sedih bercampur campur. semalam aku kene pukul dengan adik lelaki aku. aku tak pasti apakah tindakan aku betul atau salah.. sehingga aku kene pukul tapi yang aku tau aku dah cuba buat yang terbaik untuk adik aku. aku tak nak dia bersama dengan perempuan tu.. bukan sebab aku cemburu ke apa tapi sebab perempuan tu isteri orang. dan aku kenal dengan perempuan tu serta baik dengan suami dia. aku jadi bingung. sebealh kanan adik sebelah kiri orang yang telah ku anggap seperti abang dan kakak ku sendiri...

bila dah jadi macam tu semalam aku dah cuba perempuan tu menangis marah aku semua tapi hati aku tetap keras mengatakan perempuan tu salah begitu juga dengan adik aku. selain tu aku juga rasa salah sebab bagitau dengan suami dia yang isterinya keluar dengan adik aku..

aku tak kisah orang lain lihat aku jahat. Dan biarlah aku sorang jer yang jahat, menyakitkan serta mengecewakan mak ayah aku dan bukanlah adik aku yang berbuat begitu. kalau adik aku turun menyakitkan hati mak aku siapa yang akan mengubatinya nanti? jadi biarlah aku seorang je yang jahat. biarlah adik aku jadi yang terbaik untuk mak dan ayah aku..

skarang ni aku rase macam nak pergi terus pun ada. lepaskan semua yang berada di sisi aku. tak perlulah aku nak fikirkan apa apa lagi. tapi.... aku tak mampu... aku sayang mak dengan ayah. walaupun mereka bukanlah ibu dan ayah kandung aku tapi mereka adalah segala galanya bagi aku setelah kedua ibu bapa tu meninggal dunia..

oh tuhan.. apa yang harus aku lakukan sekarang ini? aku cuma inginkan yang terbaik untuk insan insan yang aku sayangi.. bantu lah aku YA ALLAH... aku benar benar keliru dan buntu...

untuk adik... aku terlalu sayangkan kau. sehingga aku tidak mahu kau lakukan sedikit kesilapan pun. biarlah aku seorang yang buat silap. biarla aku seorang yang jahat di mata mak dan ayah dan bukan ko dik.. ko anak yang baik.. bukan seperti aku yang jahat dan dah terpesong nie dik.. maafkan aku..

Thursday, December 11, 2008

sekarang dah masuk pukul 5:30 pagi. And my baby tengah sedap tido kat sebelah.. tadi aku marahkan baby.. aku ketuk kepala dia. geram sangat.. suka sangat kencing merata dah ajar pun masih tak nak dengar. so tadi sebelom aku ketuk kepala dia n membebel aku letakkan hidung dia dekat tempat yang dia kencing tu. aku harap lepas ni kalau dia nak kencing dia akan tau yang dia tak boleh nak kencing merata rata lagi dah.. tapi dalam ketuk ketuk pun aku rase pedih di hati yerla saper yang sanggup nak sakitkan baby kita. walaupun baby aku hanyalah seekor anak kucing tapi aku sayangkan dia.

erm sebelom tu pun aku pernah ketuk kepala dia n marah kat dia sebab kat umah pandai dia berak masuk bilik air. tapi kat umah makcik aku boleh plak dia buat perangai berak kat karpet depan pintu bilik air... hangin la aku... ape lagi aku ketuk la kepala baby pastu membebel bebel... dia plak asik mengiau mengiau... mungkin faham aku tengah marahkan dia.. lepas bersihkan najis tino aku baring nak tido sebab letih giler mase tu.. pastu tino agaknyer tau aku marah aku baring jer dia ikut baring sebelah aku terus tido same.. mase tu aku rase menyesal ngan kelakar pun ader. adoila anak kau nie kene marah nangis sampai tetido tido...

Adoi... dia dah bangun dah... dah mula kacau aku.. tak leh tgk kalau jari aku menaip mula la dia aim tangan aku pastu dia lompat... huhu... tapi aku rase happy n gembira.. melayan telatah baby aku yang satu ni.. yerla selama ni aku ader anak anak yang lain tapi tak boleh nak buat main macam tino. Mr.bobot, abang gelap, puca ngan gegurl hanya dapat mendengar aku membebel. nak buat main tak boleh sebab ke-4 anak aku ni dok dalam bekas kekura.. dan kalau hilang lagi la payah.. panggil tak nyahut.. macam tino kalau panggil dia tak datang walaupun kekadang dia buat bodo jer..

hehehe tau tak naper tino bangun?? rupernyer dia bangun nak main kejap pastu nak kencing. dan paling aku happy sebab dia g kencing kat toilet. pastu aku pun basuhla kaki dia... hehehe..yes my lil tino sangat pandai.. tadi aku cakap sayang sikit kat tino dia pun hulur muka tuk cium huhu... skarang nie dok kat sebelah aku memerhati tangan aku menaip.. jap nak bagi dia tido...

Back! tino dah tdo kat sebelah aku dah... biarla dia tdo kalau tak nanti kacau aku pula huhu... now back to da story... aku sebenarnya takut tuk sayang tino.. aku takut kalau aku sayang dia sesangat nanti aku kehilangan dia.. tapi bila fikirkan balik dah tu memang lumrah kehidupan setiap pertemuan pasti ada pengakhiran.. betul tak?? skarang ni aku dalam perancangan nak kumpul duit untuk belikan sangkar n nak inject vaksin untuk tino.. selain tu aku pun nak kumpul duit tuk inject bagi bulu dia lebat n lawa..

tapi aku tanyer abang halim tentang tino.. aku suruh dia tengok tengokkan tino. Kenapa abang halim? sebab abang halim penternak kucing.. so sikit sebanyak cara tuk menjaga tino aku belajar dari abang halim... erm kalau aku cakap tino pun kene makan ubat cacing sure korang tak caye... tapi itulah kenyataannya. sebab abang halim cakap perut tino keras. dalam perut ade cacing so dia suh aku beli ubat cacing dan bagikan kat tino sehari sekali.. sebab hati dah jatuh sayang aku pun turutkan nasihat abang halim. mula mula abang halim ajarla cara tuk bagi tino makan ubat. so dekat 2 minggu jugakla aku bagi tino makan ubat cacing. sekarang dah tak perlu dah.. perut tino dah tak keras lagi jadi dah tak perlu bagi ubat cacing. selain dari bagi ubat cacing cara mandikan tino pun aku belajar dari abang halim. kalau tak dulu aku men lenjankan jer mandikan tino dengan air sejuk. rupa rupanya tak boleh. kene mandikan air suam ngan kene guna tuala basahkan pastu sabunkan tino dan lapkan semula dengan tuala basah tu semula. hari tu mata tino sakit. aku jadi risau so aku tanyerla abang halim aper yang perlu buat. dia suruh aku cucikan kelopak mata tino ngan air suam pastu titikkan eye drops kat mata tino. tapi dia cakap jangan banyak banyak dan jangan kena retina mata tino nanti boleh buta. jadi aku buatla secara berhati hati.. dan Allahamdulillah tadi abang halim cakap mata tino dah ok sikit. dan dia suruh aku bersihkan telinga tino sebab taik telinga ader bakteria tu yang menyebabkan tino sakit mata... dan tadi aku blajar cara tuk potong kuku tino.

so skarang aku tak perlu risau kalau tino cakar cakar aku pun sebab kuku dia dah pendek dan tak derla lagi sakit kene cakar ngan tino time main dengan dia.. huhu...

Monday, December 8, 2008

Thursday, December 4, 2008

Semalam 4 December beday kawan baik aku mase skolah rendah time darjah satu... name dia diam farhana binti kamaruddin ( kalau tak salah aku la name ayah dia kamaruddin ke kamaruzzaman aku pun lupa).. dan 4 hari bulan jugakla tekanan darah aku naik melambong sampai ke otak.. maner taknyer asik kene marah jer.. lepas tu nak marah balik tak boleh.. pendamkan jerla.. sampai naik merah merah la muka aku tahan marah..

adoi sambung nanti ngantokla plak...